Followers

Sunday, September 11, 2011

Kisah Pak Gad dan aku (RE-POST)


RE-POST. 

Entry asal bertarikh, 14 Januari 2010. Saja post jugak sebab err sebab sajaaa ja. kah kah kah :D


Mula-mula sekali aku nak gelak sepuas hati.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
HAHAHAHHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAH


OK sudah. Mai sini nak cerita benda-benda yang aku pernah buat dulu, masa kat sekolah. Aku ni antara pelajar yang ok ok la. Skema sangat pon tak, nakal sangat pon tak. Paling teruk masalah aku dulu, kapel je lah kot. Zaman malaun jebon serta firaun dahulu memanglah aku ni teruk betul. Dunia ni macam aku yang punya. Apa aku buat semua betul. Dating sana-sini. Ni bukan aku nak mengenang balik kisah lama. Cuma aku nak bagi iktibar. Tak bermakna kalau aku cerita semua ni, means aku teringat balik kat ex-bf aku dulu.


Erm, ni kes dengan pak guard jugak. Kisah ni sapa pon tak tahu. Even best friend aku pon. Aku rasa Yana je kot yang tau. Tu pon kalau dia still ingat aku cerita dulu. hehe. Dulu zaman jahiliah, aku selalu la dating. Dating dalam kelas, tepi tangga, tepi dewan selera, kat mana-mana je lah yang sempat. Hari-hari tengok muka yang sama. Masa tu tak kenal erti kata boring. Kenal word rinduuuuu ja. Haha. vodoh! Cinta zaman sekolah vodoh! Seperti malu aku nak cerita. Ouh takpa takpa. Teruskan..


Satu hari ni aku dating kat mana tah. Aku tak ingat sangat. Yang pasti kat kawasan sekolah la. haha. Kat celah mana tah aku duduk. Masa tu malam. Yes, memang malam. Masa prep malam. Orang lain sibuk-sibuk buat homework, aku sibuk-sibuk dating. Then, kantoi dengan pak guard. Pak guard tu badan bulat-bulat macam bola. putih, ada misai. Handsome la jugak. Aku lupa nama pak cik tu. Masa tu aku dah nak balik dah. Prep malam dah nak habeh. So masing-masing nak balik kelas lah masa tu. Bf aku dah selamat dan rilek sampai kat kelas. Aku pulak tak lepas. Aljebon wal bangang. Memang jenoh jugak aku main aci ligan (kejar-kejar) dengan pak guard tu.


Aku sembunyi belakang tangga. Pak guard tu dah suluh-suluh dah. DAMN! Aku tengok tapak tangan aku. Kot kot ada bulu-bulu tajam macam spiderman tu. Kalau ada boleh aku panjat dinding tu. Tapi malangnya aku lupa nak makan tonik masa dinner petang tadi. Derrrr...dah dah merapu. Memanglah kantoikan. Aku kena tangkap basah dol! Tangkap basah berkhalwat dengan diri sendiri. ngaaa..NO LAH! Aku kantoi sebab aku sembunyi-sembunyi. Pak guard tu jadi pelik. Masa tu memang dah lewat sangat dah. Pukul 1 pagi kot. Tengok!! Aku main aci ligan dengan pak guard tu sampai pukul 1 pagi beb! Mana lama pon kan? Berpeluh-peluh aku.


Ok fine, aku pon mula berfikir. Otak aku mula berfungsi macam mesin ais kacang. Zap Zap aku ada idea. Aku memang tak sure serta tak pasti adakah plan aku ni akan berjaya ke tak. Hampa nak tau aku buat apa? nak tau? Aku berlakon kena rasuk hantu atau lebih rocknya dikenali sebagai histeria. Aku tau BODOH! Silap-silap boleh kena betul. Tapi itu ja cara yang aku ada nak selamatkan diri aku kena hentam dengan JDM. (Jemaah Disiplin Pelajar) Aku mulakan lakonan. Bila pak guard tu nampak ja aku, aku mula buat muka blurr.Aku mula merapu, aku cakap, "Ishk, kenapa saya ada kat sini? Tadi rasanya macam ada dalam kelas,". Ayat pertama yang keluar dari mulut aku memanglah serupa nakharam. Aku buat muka blurr, muka confused. Pak guard tu cuak kot! Aku dah macam gila dah masa tu, aku senyum..aku muramm..


Aku pergi dekat pak guard tu, aku tarik baju dia. haha. seram tak? seram tak? aku belakon jadi macam budak kecik duk merap nak mainan. (merap = meronta-ronta) HAHAHAHHAHA.. SILA MAKI WEY! PERUT AKU MEMANG KEJANG GILA TAHAN GELAK MASA TU. Sesungguhnya aku memang pandai berlakon.


PG : Hang nama apa ni? awat duk sini tengah-tengah malam ni?
NH : Err..Kenapa saya kat sini? Tadi saya kat kelas. Pastu saya..erk erkk..tak ingat..pak cikk..tolong saya pak cik..Saya takot..erkk erkk
PG : Haish,  haru sungguh budak ni. Mai kita p rumah cikgu mai.
NH : (cuak ni cuak) Buat apa nak pi rumah cikgu? saya nak balik aspuri! saya nak tidoq! Saya tak mau p mana-mana..tolong la pak cik.


Pah tu diskas punya diskas dengan pak guard tu, dia pon macam dah percaya aku ni kena sampuk. Dia cakap, "Ok, jom balik. Sampai kat tangga aspuri tu, hang lari kuat-kuat. Satgi ada pak guard lain ronda nampak hang pulak,"


Aku pon balik aspuri. Masa tu semua dah tidur. Pukul 2 lebih jugak la masa tu. Aku balik terus tidur. Esok pagi awal gila aku bangun. Aku pegi kelas awal. Dan aku demam. Adeh. Pagi-pagi pak guard tu datang cari aku kat kelas. Maybe dia nak tengok keadaan aku kot. haha. Eloklah tu, aku pulak demam lagi la dia percaya aku kena sampuk. Since hari tu, aku baek dengan dia. Setakat nak makan char koew teaw malam-malam, keloi pak cik tu ja la. Hehe. Sorry pak cik! Kalau jumpa aku ja, wajib dia tanya, "Nada ok tak?" LOL





P/S: Boleh beza kan cara aku tulis dulu dengan sekarang? Sebab tu entry tahun 2008, 2009, 2010 aku hide. Maluuuuuuu ;P

9 comments:

Pakcu Sofi said...

haha skandal ngan pakguard ehhhhhhh

Pert Doherty said...

gua pakgad

oranglidi said...

hahhaaha. kantoi..
tapi kaver baekkkkk punyaaa..

tulisan dulu dngn skang ada sama lagi la aku rasa. sama tang lawak. haha.

eh, mana pakwe hang tu skang?

nada hanis said...

hehe ni kisah silam jangan tanya apa2 pasal kisah silam. hehehe

anGah said...

adoiii... keras perut baca... haha.. nak sign :)

Shahrul Tanaka Safeai said...

amboi pakguard.

Ahmad Ismi said...

Hahha...terkentut2 aku ketawa baca entry Kau ni..haha..lawak eh...Kalau aku pantang nak berlakon..komfem terketawa...smua tak jadi..hihi

nada hanis said...

heheheheh thankssssss for reading :)

keyna said...

nada. aja la camne nak private kn post lame2. hu2