Followers

Sunday, April 29, 2012

Salam bersih untuk semua

Assalamualaikum. Hey hey semua readers : )

Dah lama dah aku tak tulis itu ini dalam belog sebab sibuk gila vavi. Aku dah mula rasa blogging tak best dan tak yummy macam dulu. Keh keh keh. Nak tulis balik rasa macam kekok dan kekok dan kekok. Gila tak best sebab dah hilang akal cara nak tulis belog. Selama ni, aku banyak buat ayat baku tulis refleksi sahaja. Refleksi tu ala-ala esei untuk reflect kepada diri sendiri la. Ah aku habaq pun bukan hampa tau.

Ahaks *.*

Beberapa bolan bersembunyi bawah kain kesibukan ni, macam-macam benda yang jadi. Tak sabar nak cerita kat hampa semua. Todia :D *Tangan macam mami jarum dah ni* Jadi mohon semorang doakan saya tak sibuk dan boleh update pasal anak beranak laki suami mak pak saya dalam ni. Mohon ya. Terima kasih untuk itu.

xoxo

Koi lama NH koi segak noh. Hoh hoh hoh

Sunday, February 5, 2012

Seni memujuk teman wanita

Kebelakangan ni aku selalu nampak kawan-kawan perempuan aku merajuk dengan teman lelaki masing-masing. Dah jadi macam musim pulak kat sekeliling aku ni. Aku dah lama dah tak merajuk sejak berdiri sebagai wanita single ni. Keh keh keh. Cuma aku rasa hairan, apaaaa laaaa susah sangat nak pujuk perempuan. Lelaki selalu cakap 



"Kalau boleh, perempuan jangan lah merajuk selalu sangat, nanti tak larat nak pujuk. Tak pandai nak pujuk"



Sebab tu kadang-kadang ada lelaki yang biar ja teman wanita mereka pujuk diri sendiri. Perempuan tu dah la merajuk, dia taknak pujuk, dia biarrrrrr ja. Yang perempuan ni punyalah mengharap teman lelaki tercinta pujuk depa. Setiap minit tengok handphone kot kot ada mesej pujuk yang masuk, ada panggilan telefon ka. Tapikan, betul ka susah sangat nak pujuk perempuan ni? 


Contoh cara pujuk paling senang tapi annoying : 


"Alaaaa baby bucukk kuci kucii onyoonyooo, mai kat abang mai. ololololo tak omeyy la baby abang ni majuk majuk pulaks. Ahakss" 


(Dialog ini disertai perbuatan comel seperti kelip kelip mata dan geletek bawah dagu berlipat awek korang. Kah kah kah)


Ok. Berikut adalah 3 cara pujuk perempuan yang aku rasa, erm mungkin boleh tolong lah kot. Aku cuma nak cakap, sebenarnya tak susah pun nak pujuk perempuan.

..............................

1. Turut saja permintaan kekasihmu.


Cewah. Turut permintaan ni termasuklah dari segi turut cakap GF, turut kemahuan GF dan lain-lain. Kalau GF tengah marah, dia akan tarik muncung setinggi-tinggi KLCC, bawak GF anda pergi KLCC. Dia dah buat hint pakai muncung mulut dah tu. Dia nak ajak shopping. Boleh sangkut beg plastik kat muncung tu. hehe. Kalau GF cakap 

"I MELUAT GILA KAT U ! U PERANGAI MACAM BABIYYY !"

Anda sebagai lelaki budiman, jangan melawan. Turutkan saja,

"HAAA LAAA. I LA BABIYY"

Ulang perbuatan ini sampai perempuan tu ajak balik. Haha



2. Dendangkan lagu kegemaran kekasihmu.


Perempuan cepat cair dengan usaha lelaki. Bila perempuan nampak lelaki tu ada effort nak pujuk dia, dia akan cepat lembut hati dan mudah maafkan. Walaupun sebenarnya, anda sendiri tak tahu, confused atau tak pasti kenapaa awek anda merajuk tetiba. Pasti waktu tu anda rasa nak kick muka GF anda laju laju sebab tiba-tiba buat perangai lepas tu mintak dipujuk. "Fu*k gila awek aku ni". Haa camtu la bisik hati hampa kan kan. Haha, ambil la langkah menyanyi. Ecewahh. 


Aku pernah tengok, BF kawan aku pujuk kawan aku menyanyi nyanyi macam ni. Geli geleman jugak aku. Tapi tapi, erm biarlah. Masing-masing punya cara. Lepas nyanyi kawan aku happy ja, agaknya betul la kot cara tu. Kalau laki tu mai nyanyi kat aku, aku rasa aku sumbat kasut dalam mulut dia. Kah kah kah





3. Mengaku kalah


Walaupun kadang-kadang anda tak paham kenapa mesti terjadinya peristiwa AWEK-AKU-MERAJUK, anda redha je lah. Anda mengalah sebagai langkah awal untuk menyelamatkan hubungan bersama. Lelaki mengalah ni seksi. Hehehe tapi kalau dah jenis EGO tak makan saman tu lain cerita la. Last-last perempuan yang mengalah. Ahh tak best :/




Friday, January 27, 2012

2012, hari ke-27.

3 minggu dah berlalu. Permulaan tahun untuk aku adalah biasa dan sama macam hari-hari lain. Aku semakin paranoid dengan beberapa perkara dan yes, aku benci bahagian diri aku yang terlalu paranoid. 2012 akan jadi satu tahun mengawan untuk kawan-kawan. Bukan untuk semua, tapi sebahagian kecil aku rasa. Permulaan tahun mengawan agaknya. Ada banyak benda yang aku nak buat tahun ni. Ada benda yang aku nak lari. Ada benda yang aku nak sembuhkan. Banyak betul benda -_-"

Sunday, December 25, 2011

Apa perlu saya buat sebelum kembali ke sekolah?



Assalamualaikum semuanya : )


Aku memerah otak untuk cuba tulis lagi. Cuba dan cuba tanpa henti. Ada banyak benda yang aku nak tulis tapi malangnya otak aku seringkali terbantut dengan sekali sentap. Aku kematian ayat dan terus jadi tak best nak tulis lagi. ( CLICHÉ sentences like i alwayssss do )


Penghujung cuti sekolah buat aku kembali jadi tidak bersemangat hoorayy hoorayy sebab kena balik belajar semula. Budak-budak sekolah tengah gilap kasut hitam, mengkapuri kasut, tulis nama atas buku baru dan asah pensel tajam-tajam. 


Hari pertama sekolah, what should we do?


 #1 Pastikan semua kelengkapan sekolah ada dan tersusun rapi. 

Selalunya, hari pertama sekolah adalah hari untuk menunjuk-nunjuk. Beg sekolah baru, kasut baru, mechanical pencil berjenama shaker, kotak pencil Barbie dan sebagainya. Untuk memberatkan beg sekolah baru, semua buku yang dibeli di koperasi sekolah di bawa kesemuanya. Tahukah anda, budak kelahiran 1989 adalah antara pengguna pertama beg beroda. Beg beroda yang bernama EASY BEG (jenama apa tak sure) dikeluarkan pada tahun 1997. Waktu tu aku darjah 2. Menangis aku mintak mama abah belikan beg tu lepas tengok iklan kat TV. 


Pensil hendaklah diasah dengan tajam sebagai protection. Pemadam hendaklah dibawa dengan banyak supaya boleh main lawan pemadam dengan kawan waktu cikgu cikgi ada meeting. Selalunya hari pertama mesti ada meeting kat sekolah, jadi inilah peluang untuk main pemadam. Para perempuan boleh bawak buku latihan bersaiz nota sains yang telah ditampal gambar-gambar artis kesayangan. Abad ini aku pasti semua budak perempuan kat sekolah rendah giat tampal gambar artis-artis KPOP. Abad aku dulu tampal gambar kajol dan shah rukh khan. Tak lupa jugak salin lirik-lirik lagu. Takpa, itu semua aplikasi seni kolaj. Cikgu tak marah.. 



#2 Pastikan status jawatan anda di sekolah. 

Selalunya, sebelum cuti sekolah yang panjang berjela, cikgu akan buat lantikan pengganas, eh silap, pengawas. Yang mana terpilih untuk jadi pengawas, jangan lupa untuk siapkan pakaian yang bersesuaian dengan jawatan pada tahun depan. Tak kiralah pengawas sekolah atau pengawas perpustakaan. Jangan pulak tahun depan, cikgu tak lantik pun awak jadi pengawas lepas tu datang sekolah pakai baju sekolah warna biru. Bila kawan-kawan tanya, awak cakap BAJU SAYA TERENDAM DALAM NILA lah. Kawan-kawan belek punya belek, nah terlekat tag harga kat tengkuk baju awak yang terkena nila tu. Adik-adik jangan buat macam ni ya. Abad kakak dulu ada penipu macam ni. Haha 


Cukuplah dua untuk panduan budak-budak sekolah rendah sekalian. Budak sekolah menengah akan menyusul selepas ini. Tu pun kalau aku rajin la. Haha. Budak sekolah menengah yang bersesuaian boleh ikut panduan ni jugak kalau berminat. Thee


Selamat Kembali ke Sekolah sekalian adik adik 


Friday, December 16, 2011

3 Panduan masuk ke universiti

1. Pinjaman pelajaran yang sesuai dan berpatutan.

Nak jadi mahasiswa kena pakai banyak duit. Kalau kita anak-anak orang kaya, tak payah nak risau pasal wang sebab anytime mak bapak boleh support luar dalam tanpa masalah. Kita anak orang-orang biasa terpaksa bergantung kepada wang pinjaman pelajaran yang disediakan seperti PTPTipu, JPA, MARA dan lain-lain. Selain itu, kalau boleh, tolong luku kepala banyak-banyak kali sampai pandai supaya kita dapat tajaan mana-mana seperti tajaan dari Kementerian pelajaran malaysia, kementerian pengajian tinggi, TNB dan lain-lain. Tajaan yang berbentuk biasiswa ini amatlah menguntungkan dan menjadi idaman semua mak mak dan bapak bapak di Malaysia. Ya lah, aku rasa semua mak bapak tak suka anak depa guna wang pinjaman PTPTipu. Jadi tolong belajar pandai-pandai sikit. 


2. Pemilihan lokasi universiti.

Semasa isi borang UPU, kita boleh buat beberapa pilihan sama ada nak masuk UITM ka, UPM ka, UUM ka. Hanya isi tempat kosong saja. Nasihat aku untuk para pelajar yang baru nak masuk U, tak payah la pilih U dekat dengan rumah. Tak remaja lah pilih universiti sebelah rumah. Sampai bila-bila pun hampa tak keluar tengok dunia. Tak boleh keluar buat silap. Buat silap ni bagus. Baru boleh belajar. Apa makna hidup kalau tak boleh belajar dari kesilapan? Bagi la can mak bapak rindu kita pulak. Rasa balik raya naik bas. Lepas tu dengar takbir raya dalam bas. Baru la musafir. Boleh jugak belajar solat Jamak dan Qasar. 


3. Pemilihan jodoh di universiti.

Teringat zaman sekolah dulu cikgu-cikgu pesan. Kat sekolah tak payah nak bercinta sangat lah. Nanti masuk universiti baru cari. Awak cari senior final year yang nak keluar jadi engineer ka, doktor ka. Nnati depa dah keluar keja boleh sapot awak. LOL. Ya, ini yang cikgu disiplin ceramah kat aku waktu aku kantoi surat cinta dulu. Masuk U dan mula memancing abang-abang senior (untuk perempuan) yang jadi fasilitator untuk minggu pengurusan pelajar baru. Mata perlu liar menjalar, mencari jodoh. Thee, aku buat macam ni jugak waktu kat UTM Skudai dulu. Theee. Tapi nasib aku tak baik sebab sebab erm. Abaikan. Untuk lelaki, tunggu hampa jadi senior lepas tu mengorat lah budak junior. Taboq duit PTPTipu depan muka, depa ikut la hampa. Hahaha


Sekian, terima kasut.





P/S: Terima kasih untuk cik duit kerana perkongsian PTPTipu ;P